Monday 10 September 2012

Kaitan Merekabentuk Corak Manik dengan Tujuan Pakaian Dipakai

Kita kadang-kadang berasa buntu bagaimana untuk merekabentuk corak manik yang bersesuaian dengan fabrik pakaian. Selalunya kita akan lebih melihat kepada corak pada fabrik itu sendiri serta warna fabrik tersebut. Seringkali kita terlupa untuk ambil tahu ke mana pakaian tersebut ingin dipakai oleh pemiliknya.

Kita perlu mengambil tahu apakah tujuan pemilik pakaian ingin memakai pakaian tersebut, sama ada ke majlis kenduri sanak-saudara, ke majlis-majlis formal, ke pejabat atau ke mana sahaja. Bukan untuk 'busy body', tetapi untuk memudahkan kita merekabentuk corak manik mengikut tujuan serta bersesuaian dengan konsep atau pun tema sesuatu majlis.

Gambar : Contoh corak sulaman manik

Sebagai contoh, kita haruslah mencipta corak yang besar, agak kompleks dengan pilihan manik yang berkilauan agar pakaian nampak glamor sekiranya si pemilik ingin memakai pakaian ke majlis-majlis formal. Sebaliknya, rekabentuk corak yang lebih 'simple' dengan pilihan manik yang kurang kilauan digunakan bagi pakaian untuk ke pejabat.

Langkah berikutnya barulah memilih warna keseluruhan sulaman manik yang disukai pemilik pakaian sama ada memilih warna bertona, sedondon atau bertentangan.

Friday 7 September 2012

Mengenali Bentuk Labuci


Labuci yang biasa kita lihat mempunyai 2 bahagian. Bahagian atasnya berbentuk seperti atas topi dan bahagian bawahnya berbentuk seperti bawah topi.

Bahagian atas topi biasanya digunakan pada jahitan yang tidak membentuk kelopak, manakala bahagian bawah topi biasanya digunakan untuk jahitan membentuk kelopak. Walau bagaimanapun, mengikut kreativiti masing-masing, gabunga jahitan bahagian atas topi dan bawah topi boleh membentuk hasil jahitan manik yang cantik.

Terdapat juga labuci yang tidak mempunyai 2 bahagian tersebut. Struktur badan labuci itu leper sahaja, namun ianya pelbagai bentuk seperti bentuk bunga, bulat dan sebagainya.

Thursday 6 September 2012

Jelujur Manik Rapat

1. Bahan-bahannya adalah manik silider pendek (kami pilih color pink), jarum bersaiz 11, benang dan fabrik. Pastikan benang telah disimpul matikan di belakang fabrik (menggunakan salah satu teknik yang telah diajar sebelum ini).
2. Ambil 3 biji manik silinder kecil.
3. Rapatkan manik ke arah fabrik.
4. Setelah dirapatkan, cucuk jarum di bawah manik ke-3 ke arah belakang fabrik.
5. Keluarkan jarum daripada belakang fabrik di antara manik pertama dan manik ke-2 (tengah-tengah) seperti dalam gambar 5.
6. Seterusnya, masukkan jarum ke dalam 2 manik terakhir iaitu manik ke-2 dan ke-3.
7. Kemudian, ambil 3 biji manik silinder pendek lagi. Rapatkan manik pada fabrik dan cucuk jarum di bawah manik ke-6 ke arah belakang fabrik.
8. Keluarkan jarum daripada belakang fabrik di antara manik ke-4 dan manik ke-5 (tengah-tengah) seperti dalam gambar 8, kemudian hujung jarum dimasukkan ke dalam manik ke-5 dan ke-6.

9. Lihat hasil jahitan Jelujur Manik Rapat. Ulangi langkah di atas untuk manik-manik seterusnya.

* Jahitan manik jelujur ini juga dikenali sebagai jahitan Manik Tali Air.

Pelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Dapatkannya segera di senisulammanik.blogspot.com .

Wednesday 5 September 2012

Jelujur Satu Manik Jarak

1. Bahan-bahannya adalah manik silider pendek, jarum bersaiz 11, benang dan fabrik. Pastikan benang telah disimpul matikan di belakang fabrik (menggunakan salah satu teknik yang telah diajar sebelum ini).
2. Ambil sebiji manik silinder kecil.
3. Rapatkan manik ke arah fabrik.
4. Setelah dirapatkan, cucuk jarum di bawah manik ke belakang fabrik.
5. Keluarkan jarum daripada belakang fabrik dalam jarak kira-kira 1-2 milimeter.
6. Ulangi langkah di atas untuk manik-manik seterusnya.
7. Lihat hasil jahitan Jelujur Satu Manik Jarak.

Esok kami akan tunjukkan tutorial jahitan Jelujur Manik Rapat. Jangan lupa bersama kami esok!

Pelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Dapatkannya segera di senisulammanik.blogspot.com .

Tuesday 4 September 2012

Memilih Manik Untuk Sulaman


Pemilihan manik sangat penting untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan bernilai tinggi. Negara kita mengimport manik dari luar terutamanya daripada Jepun, Taiwan, dan China. Kualiti manik Jepun telah dikenali sebagai yang terbaik dan harganya juga lebih mahal. Manik Jepun seperti Miyuki, Miyuko, MGB, dan Toho sangat berkualiti dan tahan lasak. Manik-manik tersebut juga agak berbeza daripada segi saiz dan warnanya. Sebagai contoh, manik Toho mempunyai warna yang agak pudar (jernih) berbanding jenis manik yang lain khusus untuk menggemar sulaman manik yang tidak mahu penggunaan manik yang terlalu menonjol dengan kerlipan. Manik Toho juga bersaiz lebih besar berbanding jenis manik yang lain.

Persaingan manik Jepun hari ini banyak datangnya daripada Taiwan. Contohnya, manik Taiwanese Glass yang mempunyai warna yang serupa dengan manik Toho, tetapi bersaiz lebih kecil berbanding manik Toho. Ianya menjadi pilihan ramai hari ini kerana kualitinya yang hampir sama, namun saiznya lebih kecil dan harganya lebih murah!

Manik China pula adalah manik yang paling murah, namun kualitinya juga lebih rendah berbanding manik Jepun dan manik Taiwan. Warna maniknya ada yang pudar dan ada yang berkilat. Namun, warna pudarnya tidak begitu cantik dan warna berkilatnya tidak terlalu menyerlah. Tahap ketahanan manik China juga tidak begitu kuat dan lebih mudah pecah.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda untuk memilih jenis manik yang ingin digunakan untuk sulaman. Kualiti manik sememangnya amat penting untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan menarik. Namun, kos yang perlu dilaburkan juga harus diambil kira. Tidak salah menggunakan manik china jika kurang bajet. Paling penting cara jahitan yang betul dan kukuh dan seterusnya cara basuhan fabrik bermanik yang lebih berhati-hati dapat menjadikan sulaman tahan lama. Paling penting adalah penampilan anda tidak suram!

Pelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Dapatkannya segera di senisulammanik.blogspot.com .


Sunday 2 September 2012

Kaedah Simpulan Benang 3


1.   Masukkan benang ke dalam lubang jarum. Cucuk jarum pada fabrik di bahagian belakang fabrik seperti dalam gambar 1.
2. Tinggalkan sedikit hujung benang seperti dalam gambar 2.
3. Hujung benang yang ditinggalkan disilangkan ke benang di sebelahnya.

4. Cucuk jarum ke dalam fabrik antara 2 benang yang disilangkan dan tarik keluar jarum.
5. Cucuk sekali lagi jarum ke dalam fabrik antara 2 benang yang disilangkan tersebut (cucukan kali ke-2).
6. Hasil jahitan simpulan benang yang dijahit bersama fabrik di bahagian belakang fabrik. Gunting lebihan hujung benang.
7. Cucuk jarum berhampiran dengan simpulan benang ke hadapan fabrik untuk memulakan jahitan manik.
8. Lihat hasil simpulan benang dari bahagian hadapan fabrik. Mulakan jahitan manik dengan menutupi titik halus di sebelah benang.
9. Lihat hasil simpulan benang di bahagian belakang fabrik.

* Kaedah Simpulan Benang 3 ini lebih kukuh berbanding Kaedah Simpulan Benang 1 dan 2 kerana benang dijahit pada fabrik sebanyak 2 kali. Namun, anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana teknik simpulan benang yang telah ditunjukkan sama ada Teknik 1, 2 atau 3 mengikut kesukaan anda atau mencuba kesemuanya sekali.


Anda boleh mempelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci   peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Jangan lupa dapatkannya di senisulammanik.blogspot.com .

Saturday 1 September 2012

Kaedah Simpulan Benang 2


1. Masukkan benang ke dalam lubang jarum. Setelah itu, cucuk jarum ke bahagian belakang fabrik.
2. Pastikan hujung benang ditinggalkan sedikit di bahagian hadapan fabrik seperti dalam gambar 2.
3. Di bahagian belakang fabrik, cucuk jarum ke dalam fabrik sedikit seperti dalam gambar 3.
4. Lilitkan benang (benang yang hampir dengan jarum yang dicucuk pada fabrik) sebanyak 2 lilitan pada jarum.
5. Tarik jarum keluar daripada lilitan benang. Pegang lilitan dan tarik lilitan hingga merapati fabrik.
6. Hasil lilitan yang telah bersimpul mati pada fabrik (bahagian belakang).
7. Cucuk semula jarum ke bahagian hadapan fabrik untuk memulakan jahitan manik. Pastikan cucukan jarum hampir dengan simpulan benang yang telah dimatikan seperti dalam gambar 7. Gunting lebihan benang yang ada pada bahagian hadapan fabrik.
8. Lihat hasil simpulan benang di bahagian belakang fabrik.
9. Lihat hasil di bahagian hadapan fabrik. Anda boleh memulakan jahitan manik.

* Kaedah Simpulan Benang 2 ini lebih kukuh berbanding Kaedah Simpulan Benang 1 kerana benang dijahit pada fabrik. Namun, terdapat 1 lagi kaedah simpulan benang yang kukuh yang dapat anda aplikasikan.

Pelajari teknik Simpulan Benang 3 esok.


Anda boleh mempelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci   peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Jangan lupa dapatkannya di senisulammanik.blogspot.com .

Friday 31 August 2012

Kaedah Simpulan Benang 1


1. Masukkan benang ke dalam lubang jarum. Lilitkan hujung benang pada jarum dengan 2 lilitan.
2. Lilitkan pangkal benang (berhampiran dengan jarum) di atas lilitan hujung benang tadi.
3. Tarik jarum keluar dari lilitan benang.
4. Pegang lilitan benang hingga ke hujung benang sehingga jadi bersimpul seperti gambar 4.
5. Cucuk jarum pada fabrik hingga ke hujung benang yang bersimpul. Pastikan benang yang bersimpul itu letaknya pada bahagian belakang fabrik. Gunting lebihan hujung benang.
6. Rupa simpulan benang yang dimatikan pada bahagian belakang fabrik. Teruskan jahitan manik di bahagian hadapan fabrik.

* Kaedah simpulan ini tidak begitu kukuh kerana benang tidak dijahit bersama-sama fabrik. Ianya sesuai digunakan sekiranya kita ingin membuat jahitan sementara.

Pelajari teknik Simpulan Benang 2 esok.

Anda boleh mempelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci   peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui
Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Jangan lupa dapatkannya di senisulammanik.blogspot.com .

Thursday 30 August 2012

Manik 2D dan 3D Simple


Contoh gabungan jahitan manik 2D Bintang dan 3D Juraian Pendek. Jika dijahit pada fabrik yang sesuai secara rawak memang cantik.

Kaedah jahitannya mudah, namun jika ada di antara anda yang tidak tahu bagaimana untuk melakukannya, pelajari teknik asas hingga pertengahan sulaman manik dan labuci dalam masa kurang 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang sungguh MUDAH, MURAH, dan MENJIMATKAN!

Nak tahu lagi? Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik terdiri daripada Pakej A dan Pakej B. Harganya semestinya PALING MURAH DI MALAYSIA!

Pakej A - 26 Video Tutorial dijual pada harga RM30. Pakej B - 26 Video Tutorial bersama Kit Sulaman Manik yang terdiri daripada beberapa jenis manik dan labuci, gunting, erasable pen, mata nenek, jarum, dan benang yang digunakan semasa pengajian video tutorial. Pastinya Pakej B ini lebih memudahkan anda kerana anda tidak perlu pergi ke kedai untuk mencari bahan dan peralatan jahitan manik. Harganya sungguh MURAH LAGI BERPATUTAN. Hanya RM80.00 SAHAJA!

Jom cepat dapatkan Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik selagi harga masih murah! Dapatkannya di http://senisulammanik.blogspot.com/




Wednesday 29 August 2012

Kenali WAX


Wax adalah sejenis bahan seperti lilin (juga merupakan bahan yang digunakan semasa pembuatan lilin) yang digunakan untuk melekatkan tali atau benang. Selain itu, wax juga biasa digunakan untuk melekatkan sampul surat.

Namun, dalam bidang jahitan manik, penggunaan wax  untuk mematikan simpulan benang pada bawah fabrik adalah sangat bagus. Cara penggunaannya sama seperti lilin di mana kita perlu mencairkan wax dan menitiskan setitis kecil cecair wax ke atas benang pada belakang  fabrik. Kemudian, biarkan sahaja ia kering. Wax boleh didapati di mana-mana kedai kraftangan atau kedai seni lukisan dalam bentuk bar seperti di dalam gambarajah.

Monday 27 August 2012

Teknik Melakar Corak Jahitan Manik



Teknik melakar corak jahitan manik perlu diberi perhatian kerana tanpa teknik yang betul, sesuatu objek atau corak sulaman manik tidak akan terbentuk.

Teknik melakar corak perlu disesuaikan dengan corak fabrik yang digunakan. Misalnya, sekiranya fabrik yang digunakan bercorak bunga, maka corak untuk jahitan manik juga perlu ada kaitannya dengan corak bunga pada fabrik tersebut. Sekiranya fabric bercorak abstrak, maka rekabentuk corak jahitan manik boleh berbentuk abstrak atau selainnya yang masih berkaitan dengan corak abstrak pada fabrik. Namun, sekiranya hanya menggunakan fabrik kosong, maka kebebasan diberikan untuk melakar apa sahaja corak yang disukai.

Walau bagaimanapun, sebelum mempelajari teknik melakar corak jahitan manik, anda perlulah terlebih dahulu mengetahui teknik asas jahitan manik. Dengan mengetahui teknik asas, lebih mudah untuk anda merekabentuk pelbagai corak jahitan manik yang menarik. Pelajari Teknik Jahitan Manik dan Labuci Peringkat Asas dan Pertengahan dalam Masa Kurang daripada 30 Minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH dan MENJIMATKAN!

Dapatkannya pada HARGA TERMURAH DI MALAYSIA di  http://senisulammanik.blogspot.com

Sunday 5 August 2012

Kombinasi Warna


Kita sebagai manusia sememangnya sukakan kecantikan. Kecantikan amat berkait rapat dengan penggunaan warna yang sesuai pada diri atau barang yang kita pakai. Justeru, penyesuaian warna dengan diri kita amat penting.

Bagi para pengamal jahitan manik pula, ilmu kombinasi warna penting untuk menggabung jalin penggunaan pelbagai warna manik dan labuci untuk memberi hasil sulaman yang menarik. Dalam keghairahan memilih gabungan manik yang sesuai, kadang-kadang kita jadi ‘blur’ atau ‘confused’ gabungan warna mana yang paling cantik, sehinggakan kadang-kadang, kita agak ‘stereotype’ dalam memilih gabungan warna yang lebih kurang sama.

Di sini ingin saya perkenalkan satu perisian komputer yang dapat membantu kita semua membuat jalinan gabungan warna manik yang sesuai. Ianya dinamakan sebagai ‘Color Schemer  Studio 2’. Anda boleh cuba memuat turun versi percumanya di sini http://www.colorschemer.com/studio_info.php . Ianya bukan sahaja berguna untuk para penggiat senireka dan grafik, malahan sesiapa sahaja yang tercari-cari gabungan warna sesuai untuk diri mahupun yang berkaitan pekerjaannya.


Wednesday 1 August 2012

Mengenali Fabrik Untuk Sulaman


Adalah amat penting untuk kita mengenali jenis fabrik yang ingin digunakan untuk menyulam. Ada fabrik yang terlalu lembut atau licin dan memerlukan ram bagi menegangkannya, namun kebanyakan fabrik tidak memerlukan ram untuk menyulam manik dan labuci. Apa yang penting adalah melatih diri untuk menggunakan teknik yang betul bagi mengemaskini setiap susupan jarum ke dalam fabrik dan penggunaan manik dan labuci.

Ingin pelajari teknik yang betul menyulam manik dan labuci dalam masa kurang 30 minit? Layari http://www.senisuslammanik.blogspot.com

Tuesday 31 July 2012

Apakah alat ini?



Anda kenal alat ini?

Ini adalah ram/pemidang yang digunakan untuk jahitan sulaman.
Ia biasa digunakan untuk membuat sulaman benang. Ini kerana untuk menyulam benang, kain perlu ditegangkan menggunakan alat ini sebelum sulaman dibuat.




Bagaimana pula dengan sulaman manik dan labuci?
Ya, sesetengah kain memerlukan penggunaan alat ini disebabkan keadaan fabriknya yang terlalu lembut. Namun, kebanyakan fabrik tidak memerlukan alat ini untuk sulaman manik dan labuci.


Monday 30 July 2012

Jarum Jahitan Manik

Jarum penting untuk memastikan jahitan manik kemas dan rapi. Pemilihan jarum yang halus penting agar  lubang-lubang kesan jahitan tidak terlalu kelihatan di samping membolehkan jarum tersebut melepasi lubang-lubang manik dan labuci. Jarum yang dipilih juga perlulah tajam bagi mengelak berlakunya kedutan pada kain kesan daripada tarikan benang.


Jarum direka khas dengan beberapa saiz, kebiasaannya bernombor antara 8 hingga 15. Namun, hanya jarum bersaiz antara 8 hingga 11 sahaja yang biasa digunakan untuk jahitan manik. Jarum jenis ini mempunya lubang benang halus memanjang tetapi kecil pada bahagian pangkalnya.

Sunday 29 July 2012

Jahitan Peyote

Peyote adalah nama jahitan khusus tenunan manik. Ianya adalah teknik asas bagi jahitan manik 3D di mana teknik ini menjadikan manik-manik yang dijahit timbul dan tidak hanya melekat pada kain. Terdapat pelbagai jenis jahitan peyote seperti Peyote Leper, Peyote Bulatan, dan Peyote Zig-zag.

Jom kita saksikan sebuah video teknik asas jahitan peyote yang dimuatnaik ke youtube.


Saturday 28 July 2012

TIP PENJAGAAN PAKAIAN BERMANIK


Sebenarnya, bukanlah susah sangat nak jaga pakaian bermanik ni. Iyela kan...dah tempah jahit mahal-mahal, tak pun dah beli baju bermanik mahal-mahal, kenalah jaga elok-elok..tak gitu? Jom kita kongsi info macam mana nak jaga pakaian bermanik ni.





Cara Membasuh
Hanya cuci dan basuh di tempat yang kotor sahaja. Jika kotoran terkena pada bahagian jahitan manik,gonyoh dengan tangan sahaja. Bilas dan perah (dengan tangan). Terbalikkan pakaian dan digalakkan jemur di tempat yang teduh agar kualiti kilauan manik berpanjangan.

Cara Menggosok
Gosok pakaian yang bukan pada bahagian jahitan manik seperti biasa. Pada bahagian jahitan manik pula, hendaklah digosok pada bahagian belakang kain, namun perlu dilapik dengan kain lain terlebih dahulu (jangan gosok ‘direct’ pada bahagian jahitan manik kerana dikhuatiri manik mencair).


Friday 27 July 2012

Tutorial Manik Daun 3D


Anda ingin mempelajari Teknik Jahitan Manik Daun 3D di bawah?

 


Dapatkan Tutorial Jahitan Manik Daun 3D secara PERCUMA setelah anda mendapatkan Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik. Maklumat lanjut berkenaannya, layari http://www.senisulammanik.blogspot.com

Thursday 26 July 2012

Pemilihan Benang Jahitan Manik



Pemilihan benang yang sesuai untuk menjahit manik amat penting. Penggunaan benang nylon lebih sesuai berbanding benang cotton kerana ianya licin dan tahan lasak. Hasil jahitan manik yang menggunakan benang nylon lebih tegap dan licin.


Perbezaan antara benang nylon dan cotton adalah benang nylon lebih berkilat berbanding  benang cotton. Namun, kilatnya tidak sama dengan benang sulam kerana ianya merupakan bahan termoplastik seperti sutera yang terhasil secara kimia daripada unit berulang yang dikenali sebagai poliamida. Justeru, harganya lebih mahal berbanding benang cotton.

Penggunaan 2 lebar benang nylon dalam jahitan manik sebenarnya sudah mencukupi. Ini kerana dengan jahitan yang betul, hasil jahitan tersebut akan tetap kukuh dan bertahan sehingga 10 tahun lamanya. Apa yang penting adalah teknik jahitan yang betul mempengaruhi hasil jahitan berbanding material yang digunakan.

Ingin mempelajari teknik jahitan manik yang betul daripada peringkat asas hingga pertengahan? Anda akan menerima bimbingan seumur hidup secara percuma dengan pelbagai teknik jahitan manik lain yang lebih advance. Layari http://www.senisulammanik.blogspot.com