Monday 10 September 2012

Kaitan Merekabentuk Corak Manik dengan Tujuan Pakaian Dipakai

Kita kadang-kadang berasa buntu bagaimana untuk merekabentuk corak manik yang bersesuaian dengan fabrik pakaian. Selalunya kita akan lebih melihat kepada corak pada fabrik itu sendiri serta warna fabrik tersebut. Seringkali kita terlupa untuk ambil tahu ke mana pakaian tersebut ingin dipakai oleh pemiliknya.

Kita perlu mengambil tahu apakah tujuan pemilik pakaian ingin memakai pakaian tersebut, sama ada ke majlis kenduri sanak-saudara, ke majlis-majlis formal, ke pejabat atau ke mana sahaja. Bukan untuk 'busy body', tetapi untuk memudahkan kita merekabentuk corak manik mengikut tujuan serta bersesuaian dengan konsep atau pun tema sesuatu majlis.

Gambar : Contoh corak sulaman manik

Sebagai contoh, kita haruslah mencipta corak yang besar, agak kompleks dengan pilihan manik yang berkilauan agar pakaian nampak glamor sekiranya si pemilik ingin memakai pakaian ke majlis-majlis formal. Sebaliknya, rekabentuk corak yang lebih 'simple' dengan pilihan manik yang kurang kilauan digunakan bagi pakaian untuk ke pejabat.

Langkah berikutnya barulah memilih warna keseluruhan sulaman manik yang disukai pemilik pakaian sama ada memilih warna bertona, sedondon atau bertentangan.

2 comments:

  1. Informasi Yang Menarik... Bagi Anda Yang Berminat Untuk Menambah Pendapatan Dengan Mengambil Upah Menjahit Baju Kurung Moden Atau Ingin Menjahit Baju Sendiri, Anda Bolehlah Belajar Menjahit Baju Kurung Moden Dengan Ebook Ini Yang Lengkap Dengan Illustrasi, Teks Penerangan Dan Gambar Sebenar Yang Menjadikan Pembelajaran Anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  2. salam... saya nak tanya.. selalunya, kalau kita basuh baju bermanik ni, macamne ye? sebab saya ada buat manik pada leher baju melayu, pastu, warna pada labuci tu luntur hingga ia menjadi kepingan lutsinar, jadi saya nak tanya lah, ada ke cara untuk mengekalkan warna-warna tersebut. Boleh emailkan ke akmall_kiut@yahoo.com, terima kasih.

    ReplyDelete