Tuesday 4 September 2012

Memilih Manik Untuk Sulaman


Pemilihan manik sangat penting untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan bernilai tinggi. Negara kita mengimport manik dari luar terutamanya daripada Jepun, Taiwan, dan China. Kualiti manik Jepun telah dikenali sebagai yang terbaik dan harganya juga lebih mahal. Manik Jepun seperti Miyuki, Miyuko, MGB, dan Toho sangat berkualiti dan tahan lasak. Manik-manik tersebut juga agak berbeza daripada segi saiz dan warnanya. Sebagai contoh, manik Toho mempunyai warna yang agak pudar (jernih) berbanding jenis manik yang lain khusus untuk menggemar sulaman manik yang tidak mahu penggunaan manik yang terlalu menonjol dengan kerlipan. Manik Toho juga bersaiz lebih besar berbanding jenis manik yang lain.

Persaingan manik Jepun hari ini banyak datangnya daripada Taiwan. Contohnya, manik Taiwanese Glass yang mempunyai warna yang serupa dengan manik Toho, tetapi bersaiz lebih kecil berbanding manik Toho. Ianya menjadi pilihan ramai hari ini kerana kualitinya yang hampir sama, namun saiznya lebih kecil dan harganya lebih murah!

Manik China pula adalah manik yang paling murah, namun kualitinya juga lebih rendah berbanding manik Jepun dan manik Taiwan. Warna maniknya ada yang pudar dan ada yang berkilat. Namun, warna pudarnya tidak begitu cantik dan warna berkilatnya tidak terlalu menyerlah. Tahap ketahanan manik China juga tidak begitu kuat dan lebih mudah pecah.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda untuk memilih jenis manik yang ingin digunakan untuk sulaman. Kualiti manik sememangnya amat penting untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan menarik. Namun, kos yang perlu dilaburkan juga harus diambil kira. Tidak salah menggunakan manik china jika kurang bajet. Paling penting cara jahitan yang betul dan kukuh dan seterusnya cara basuhan fabrik bermanik yang lebih berhati-hati dapat menjadikan sulaman tahan lama. Paling penting adalah penampilan anda tidak suram!

Pelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Dapatkannya segera di senisulammanik.blogspot.com .


No comments:

Post a Comment