Sunday, 5 August 2012
Kombinasi Warna
Kita sebagai manusia sememangnya sukakan kecantikan. Kecantikan amat berkait rapat dengan penggunaan warna yang sesuai pada diri atau barang yang kita pakai. Justeru, penyesuaian warna dengan diri kita amat penting.
Bagi para pengamal jahitan manik pula, ilmu kombinasi warna penting untuk menggabung jalin penggunaan pelbagai warna manik dan labuci untuk memberi hasil sulaman yang menarik. Dalam keghairahan memilih gabungan manik yang sesuai, kadang-kadang kita jadi ‘blur’ atau ‘confused’ gabungan warna mana yang paling cantik, sehinggakan kadang-kadang, kita agak ‘stereotype’ dalam memilih gabungan warna yang lebih kurang sama.
Di sini ingin saya perkenalkan satu perisian komputer yang dapat membantu kita semua membuat jalinan gabungan warna manik yang sesuai. Ianya dinamakan sebagai ‘Color Schemer Studio 2’. Anda boleh cuba memuat turun versi percumanya di sini http://www.colorschemer.com/studio_info.php . Ianya bukan sahaja berguna untuk para penggiat senireka dan grafik, malahan sesiapa sahaja yang tercari-cari gabungan warna sesuai untuk diri mahupun yang berkaitan pekerjaannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment