Friday, 31 August 2012
Kaedah Simpulan Benang 1
1. Masukkan benang ke dalam lubang jarum. Lilitkan hujung benang pada jarum dengan 2 lilitan.
2. Lilitkan pangkal benang (berhampiran dengan jarum) di atas lilitan hujung benang tadi.
3. Tarik jarum keluar dari lilitan benang.
4. Pegang lilitan benang hingga ke hujung benang sehingga jadi bersimpul seperti gambar 4.
5. Cucuk jarum pada fabrik hingga ke hujung benang yang bersimpul. Pastikan benang yang bersimpul itu letaknya pada bahagian belakang fabrik. Gunting lebihan hujung benang.
6. Rupa simpulan benang yang dimatikan pada bahagian belakang fabrik. Teruskan jahitan manik di bahagian hadapan fabrik.
* Kaedah simpulan ini tidak begitu kukuh kerana benang tidak dijahit bersama-sama fabrik. Ianya sesuai digunakan sekiranya kita ingin membuat jahitan sementara.
Pelajari teknik Simpulan Benang 2 esok.
Anda boleh mempelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Jangan lupa dapatkannya di senisulammanik.blogspot.com .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment