Monday, 10 September 2012

Kaitan Merekabentuk Corak Manik dengan Tujuan Pakaian Dipakai

Kita kadang-kadang berasa buntu bagaimana untuk merekabentuk corak manik yang bersesuaian dengan fabrik pakaian. Selalunya kita akan lebih melihat kepada corak pada fabrik itu sendiri serta warna fabrik tersebut. Seringkali kita terlupa untuk ambil tahu ke mana pakaian tersebut ingin dipakai oleh pemiliknya.

Kita perlu mengambil tahu apakah tujuan pemilik pakaian ingin memakai pakaian tersebut, sama ada ke majlis kenduri sanak-saudara, ke majlis-majlis formal, ke pejabat atau ke mana sahaja. Bukan untuk 'busy body', tetapi untuk memudahkan kita merekabentuk corak manik mengikut tujuan serta bersesuaian dengan konsep atau pun tema sesuatu majlis.

Gambar : Contoh corak sulaman manik

Sebagai contoh, kita haruslah mencipta corak yang besar, agak kompleks dengan pilihan manik yang berkilauan agar pakaian nampak glamor sekiranya si pemilik ingin memakai pakaian ke majlis-majlis formal. Sebaliknya, rekabentuk corak yang lebih 'simple' dengan pilihan manik yang kurang kilauan digunakan bagi pakaian untuk ke pejabat.

Langkah berikutnya barulah memilih warna keseluruhan sulaman manik yang disukai pemilik pakaian sama ada memilih warna bertona, sedondon atau bertentangan.

Friday, 7 September 2012

Mengenali Bentuk Labuci


Labuci yang biasa kita lihat mempunyai 2 bahagian. Bahagian atasnya berbentuk seperti atas topi dan bahagian bawahnya berbentuk seperti bawah topi.

Bahagian atas topi biasanya digunakan pada jahitan yang tidak membentuk kelopak, manakala bahagian bawah topi biasanya digunakan untuk jahitan membentuk kelopak. Walau bagaimanapun, mengikut kreativiti masing-masing, gabunga jahitan bahagian atas topi dan bawah topi boleh membentuk hasil jahitan manik yang cantik.

Terdapat juga labuci yang tidak mempunyai 2 bahagian tersebut. Struktur badan labuci itu leper sahaja, namun ianya pelbagai bentuk seperti bentuk bunga, bulat dan sebagainya.

Thursday, 6 September 2012

Jelujur Manik Rapat

1. Bahan-bahannya adalah manik silider pendek (kami pilih color pink), jarum bersaiz 11, benang dan fabrik. Pastikan benang telah disimpul matikan di belakang fabrik (menggunakan salah satu teknik yang telah diajar sebelum ini).
2. Ambil 3 biji manik silinder kecil.
3. Rapatkan manik ke arah fabrik.
4. Setelah dirapatkan, cucuk jarum di bawah manik ke-3 ke arah belakang fabrik.
5. Keluarkan jarum daripada belakang fabrik di antara manik pertama dan manik ke-2 (tengah-tengah) seperti dalam gambar 5.
6. Seterusnya, masukkan jarum ke dalam 2 manik terakhir iaitu manik ke-2 dan ke-3.
7. Kemudian, ambil 3 biji manik silinder pendek lagi. Rapatkan manik pada fabrik dan cucuk jarum di bawah manik ke-6 ke arah belakang fabrik.
8. Keluarkan jarum daripada belakang fabrik di antara manik ke-4 dan manik ke-5 (tengah-tengah) seperti dalam gambar 8, kemudian hujung jarum dimasukkan ke dalam manik ke-5 dan ke-6.

9. Lihat hasil jahitan Jelujur Manik Rapat. Ulangi langkah di atas untuk manik-manik seterusnya.

* Jahitan manik jelujur ini juga dikenali sebagai jahitan Manik Tali Air.

Pelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Dapatkannya segera di senisulammanik.blogspot.com .

Wednesday, 5 September 2012

Jelujur Satu Manik Jarak

1. Bahan-bahannya adalah manik silider pendek, jarum bersaiz 11, benang dan fabrik. Pastikan benang telah disimpul matikan di belakang fabrik (menggunakan salah satu teknik yang telah diajar sebelum ini).
2. Ambil sebiji manik silinder kecil.
3. Rapatkan manik ke arah fabrik.
4. Setelah dirapatkan, cucuk jarum di bawah manik ke belakang fabrik.
5. Keluarkan jarum daripada belakang fabrik dalam jarak kira-kira 1-2 milimeter.
6. Ulangi langkah di atas untuk manik-manik seterusnya.
7. Lihat hasil jahitan Jelujur Satu Manik Jarak.

Esok kami akan tunjukkan tutorial jahitan Jelujur Manik Rapat. Jangan lupa bersama kami esok!

Pelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Dapatkannya segera di senisulammanik.blogspot.com .

Tuesday, 4 September 2012

Memilih Manik Untuk Sulaman


Pemilihan manik sangat penting untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan bernilai tinggi. Negara kita mengimport manik dari luar terutamanya daripada Jepun, Taiwan, dan China. Kualiti manik Jepun telah dikenali sebagai yang terbaik dan harganya juga lebih mahal. Manik Jepun seperti Miyuki, Miyuko, MGB, dan Toho sangat berkualiti dan tahan lasak. Manik-manik tersebut juga agak berbeza daripada segi saiz dan warnanya. Sebagai contoh, manik Toho mempunyai warna yang agak pudar (jernih) berbanding jenis manik yang lain khusus untuk menggemar sulaman manik yang tidak mahu penggunaan manik yang terlalu menonjol dengan kerlipan. Manik Toho juga bersaiz lebih besar berbanding jenis manik yang lain.

Persaingan manik Jepun hari ini banyak datangnya daripada Taiwan. Contohnya, manik Taiwanese Glass yang mempunyai warna yang serupa dengan manik Toho, tetapi bersaiz lebih kecil berbanding manik Toho. Ianya menjadi pilihan ramai hari ini kerana kualitinya yang hampir sama, namun saiznya lebih kecil dan harganya lebih murah!

Manik China pula adalah manik yang paling murah, namun kualitinya juga lebih rendah berbanding manik Jepun dan manik Taiwan. Warna maniknya ada yang pudar dan ada yang berkilat. Namun, warna pudarnya tidak begitu cantik dan warna berkilatnya tidak terlalu menyerlah. Tahap ketahanan manik China juga tidak begitu kuat dan lebih mudah pecah.

Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda untuk memilih jenis manik yang ingin digunakan untuk sulaman. Kualiti manik sememangnya amat penting untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan menarik. Namun, kos yang perlu dilaburkan juga harus diambil kira. Tidak salah menggunakan manik china jika kurang bajet. Paling penting cara jahitan yang betul dan kukuh dan seterusnya cara basuhan fabrik bermanik yang lebih berhati-hati dapat menjadikan sulaman tahan lama. Paling penting adalah penampilan anda tidak suram!

Pelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Dapatkannya segera di senisulammanik.blogspot.com .


Sunday, 2 September 2012

Kaedah Simpulan Benang 3


1.   Masukkan benang ke dalam lubang jarum. Cucuk jarum pada fabrik di bahagian belakang fabrik seperti dalam gambar 1.
2. Tinggalkan sedikit hujung benang seperti dalam gambar 2.
3. Hujung benang yang ditinggalkan disilangkan ke benang di sebelahnya.

4. Cucuk jarum ke dalam fabrik antara 2 benang yang disilangkan dan tarik keluar jarum.
5. Cucuk sekali lagi jarum ke dalam fabrik antara 2 benang yang disilangkan tersebut (cucukan kali ke-2).
6. Hasil jahitan simpulan benang yang dijahit bersama fabrik di bahagian belakang fabrik. Gunting lebihan hujung benang.
7. Cucuk jarum berhampiran dengan simpulan benang ke hadapan fabrik untuk memulakan jahitan manik.
8. Lihat hasil simpulan benang dari bahagian hadapan fabrik. Mulakan jahitan manik dengan menutupi titik halus di sebelah benang.
9. Lihat hasil simpulan benang di bahagian belakang fabrik.

* Kaedah Simpulan Benang 3 ini lebih kukuh berbanding Kaedah Simpulan Benang 1 dan 2 kerana benang dijahit pada fabrik sebanyak 2 kali. Namun, anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana teknik simpulan benang yang telah ditunjukkan sama ada Teknik 1, 2 atau 3 mengikut kesukaan anda atau mencuba kesemuanya sekali.


Anda boleh mempelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci   peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Jangan lupa dapatkannya di senisulammanik.blogspot.com .

Saturday, 1 September 2012

Kaedah Simpulan Benang 2


1. Masukkan benang ke dalam lubang jarum. Setelah itu, cucuk jarum ke bahagian belakang fabrik.
2. Pastikan hujung benang ditinggalkan sedikit di bahagian hadapan fabrik seperti dalam gambar 2.
3. Di bahagian belakang fabrik, cucuk jarum ke dalam fabrik sedikit seperti dalam gambar 3.
4. Lilitkan benang (benang yang hampir dengan jarum yang dicucuk pada fabrik) sebanyak 2 lilitan pada jarum.
5. Tarik jarum keluar daripada lilitan benang. Pegang lilitan dan tarik lilitan hingga merapati fabrik.
6. Hasil lilitan yang telah bersimpul mati pada fabrik (bahagian belakang).
7. Cucuk semula jarum ke bahagian hadapan fabrik untuk memulakan jahitan manik. Pastikan cucukan jarum hampir dengan simpulan benang yang telah dimatikan seperti dalam gambar 7. Gunting lebihan benang yang ada pada bahagian hadapan fabrik.
8. Lihat hasil simpulan benang di bahagian belakang fabrik.
9. Lihat hasil di bahagian hadapan fabrik. Anda boleh memulakan jahitan manik.

* Kaedah Simpulan Benang 2 ini lebih kukuh berbanding Kaedah Simpulan Benang 1 kerana benang dijahit pada fabrik. Namun, terdapat 1 lagi kaedah simpulan benang yang kukuh yang dapat anda aplikasikan.

Pelajari teknik Simpulan Benang 3 esok.


Anda boleh mempelajari teknik sulaman dan jahitan manik dan labuci   peringkat asas hingga pertengahan dalam masa kurang daripada 30 minit melalui Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik yang MUDAH, MURAH, lagi MENJIMATKAN. Jangan lupa dapatkannya di senisulammanik.blogspot.com .