Tuesday, 31 July 2012

Apakah alat ini?



Anda kenal alat ini?

Ini adalah ram/pemidang yang digunakan untuk jahitan sulaman.
Ia biasa digunakan untuk membuat sulaman benang. Ini kerana untuk menyulam benang, kain perlu ditegangkan menggunakan alat ini sebelum sulaman dibuat.




Bagaimana pula dengan sulaman manik dan labuci?
Ya, sesetengah kain memerlukan penggunaan alat ini disebabkan keadaan fabriknya yang terlalu lembut. Namun, kebanyakan fabrik tidak memerlukan alat ini untuk sulaman manik dan labuci.


Monday, 30 July 2012

Jarum Jahitan Manik

Jarum penting untuk memastikan jahitan manik kemas dan rapi. Pemilihan jarum yang halus penting agar  lubang-lubang kesan jahitan tidak terlalu kelihatan di samping membolehkan jarum tersebut melepasi lubang-lubang manik dan labuci. Jarum yang dipilih juga perlulah tajam bagi mengelak berlakunya kedutan pada kain kesan daripada tarikan benang.


Jarum direka khas dengan beberapa saiz, kebiasaannya bernombor antara 8 hingga 15. Namun, hanya jarum bersaiz antara 8 hingga 11 sahaja yang biasa digunakan untuk jahitan manik. Jarum jenis ini mempunya lubang benang halus memanjang tetapi kecil pada bahagian pangkalnya.

Sunday, 29 July 2012

Jahitan Peyote

Peyote adalah nama jahitan khusus tenunan manik. Ianya adalah teknik asas bagi jahitan manik 3D di mana teknik ini menjadikan manik-manik yang dijahit timbul dan tidak hanya melekat pada kain. Terdapat pelbagai jenis jahitan peyote seperti Peyote Leper, Peyote Bulatan, dan Peyote Zig-zag.

Jom kita saksikan sebuah video teknik asas jahitan peyote yang dimuatnaik ke youtube.


Saturday, 28 July 2012

TIP PENJAGAAN PAKAIAN BERMANIK


Sebenarnya, bukanlah susah sangat nak jaga pakaian bermanik ni. Iyela kan...dah tempah jahit mahal-mahal, tak pun dah beli baju bermanik mahal-mahal, kenalah jaga elok-elok..tak gitu? Jom kita kongsi info macam mana nak jaga pakaian bermanik ni.





Cara Membasuh
Hanya cuci dan basuh di tempat yang kotor sahaja. Jika kotoran terkena pada bahagian jahitan manik,gonyoh dengan tangan sahaja. Bilas dan perah (dengan tangan). Terbalikkan pakaian dan digalakkan jemur di tempat yang teduh agar kualiti kilauan manik berpanjangan.

Cara Menggosok
Gosok pakaian yang bukan pada bahagian jahitan manik seperti biasa. Pada bahagian jahitan manik pula, hendaklah digosok pada bahagian belakang kain, namun perlu dilapik dengan kain lain terlebih dahulu (jangan gosok ‘direct’ pada bahagian jahitan manik kerana dikhuatiri manik mencair).


Friday, 27 July 2012

Tutorial Manik Daun 3D


Anda ingin mempelajari Teknik Jahitan Manik Daun 3D di bawah?

 


Dapatkan Tutorial Jahitan Manik Daun 3D secara PERCUMA setelah anda mendapatkan Pakej Pengajian Video Seni Sulam Manik. Maklumat lanjut berkenaannya, layari http://www.senisulammanik.blogspot.com

Thursday, 26 July 2012

Pemilihan Benang Jahitan Manik



Pemilihan benang yang sesuai untuk menjahit manik amat penting. Penggunaan benang nylon lebih sesuai berbanding benang cotton kerana ianya licin dan tahan lasak. Hasil jahitan manik yang menggunakan benang nylon lebih tegap dan licin.


Perbezaan antara benang nylon dan cotton adalah benang nylon lebih berkilat berbanding  benang cotton. Namun, kilatnya tidak sama dengan benang sulam kerana ianya merupakan bahan termoplastik seperti sutera yang terhasil secara kimia daripada unit berulang yang dikenali sebagai poliamida. Justeru, harganya lebih mahal berbanding benang cotton.

Penggunaan 2 lebar benang nylon dalam jahitan manik sebenarnya sudah mencukupi. Ini kerana dengan jahitan yang betul, hasil jahitan tersebut akan tetap kukuh dan bertahan sehingga 10 tahun lamanya. Apa yang penting adalah teknik jahitan yang betul mempengaruhi hasil jahitan berbanding material yang digunakan.

Ingin mempelajari teknik jahitan manik yang betul daripada peringkat asas hingga pertengahan? Anda akan menerima bimbingan seumur hidup secara percuma dengan pelbagai teknik jahitan manik lain yang lebih advance. Layari http://www.senisulammanik.blogspot.com